![]() |
Di Ichiban Restoran Berukhuwwah biar ikhlas kerana Allah, Kelak nanti senang atau susah, Sama sama harungi dengan tabah, Kelak nanti bertemu di syurga tuah. |
Sahabat,
Asal katamu dari Arab,
Puak gusar tatkala jahil,
Bangsa tersopan dikala alim.
Sahabat,
Kisah Muhammadku jadi santapan,
Berdua bertiga berempat kita,
Hatta tidak pernah bersua,
Namamu selamanya sahabat.
Sahabat,
Dunia ini penuh racun sangkaan,
Orang itu menghulur, insan ini menyusul,
Aku rela meneguk nista si racun,
Biar terkubur diam dalam atmaku,
Biar mati nyawaku jangan mati nyawamu.