It's only for picture.Not anything else.What my eyes see, the camera will snap it!

Saturday, August 25, 2012

Matanya Dua Hatinya Satu

Di Ichiban Restoran

Berukhuwwah biar ikhlas kerana Allah,
Kelak nanti senang atau susah,
Sama sama harungi dengan tabah,
Kelak nanti bertemu di syurga tuah.
Mata Dua Hatinya Satu

Sahabat,
Asal katamu dari Arab,
Puak gusar tatkala jahil,
Bangsa tersopan dikala alim.

Sahabat,
Kisah Muhammadku jadi santapan,
Berdua bertiga berempat kita,
Hatta tidak pernah bersua,
Namamu selamanya sahabat.

Sahabat,
Dunia ini penuh racun sangkaan,
Orang itu menghulur, insan ini menyusul,
Aku rela meneguk nista si racun,
Biar terkubur diam dalam atmaku,
Biar mati nyawaku jangan mati nyawamu.




No comments:

Post a Comment